BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 1, 2012

Hati: Anugerah Tuhan Yang Unik

Salam,,
anneyonghaseyo!..
agk lame sudah blog ni x di update..hehehe..
maklumlah owner blog ni SPM candidates 2012 >,<
ok,, berbalik pada tjuk blog kali ni ,,,aku rase semua manusia punye HATI.,, right?
aku nk tnya lah pada readers sekalian,, adekah anda pernah rase SEDIH,GEMBIRA, dan ape2 yg melibatkan emosi? Yes!. Ni lah yang dikatakan PERASAAN..Sungguh unik ciptaan Allah.
Hati berfungsi sbagai penyerlah perasaan seseorang.. Bagi aku,, menjaga perasaan seseorang amat aku titik beratkan,,aku x boleh tgok kawan2 aku yg sedang bersedih..walaupun diri aku sendiri yang bersedih..=(
Jika cerita tentang hati ni, hati bnyk peranannya..Yang paling bagusnya mestilah SENANG HATI..ada yang untung telah punya BUAH HATI..TAPI! Yang paling dahsyat tentang hati ni, adalah PATAH HATI.
Jika seseorang itu telah patah hatinya, agak sukar seseorang itu untuk kembalikan hatinya yang telah remuk tuu..Sebab tu la aku ckp,,aku amat menitik beratkan soal hati. tapi, dalam masa yang sama,aku sering menjaga hati org, kenapa hati aku sendiri yang terluka? Adakah aku seorang saja yang SS( SYOK SENDIRI) dalam menjaga hati seseorang? Adekah aku seorang sahaja yang beriya-iya menjaga sebuah tali persahabatan? Adekah aku ni sedang bertepuk sebelah tangan? susah bukan untuk membaca hati orang?
Sebab itu lah aku katakan HATI ini ciptaan tuhan yang paling unik!...Tidak mampu dibaca dan didengari oleh manusia..tapi Eksperasi muka sahaja yang menggambarkan smua . Ingatlah, jika rosak hati itu, maka rosaklah seluruh jasad manusia, tapi jika suci hati itu, maka sucilah seluruh jasad manusia itu..
Lagi SATU, kalian pernah x merasakan SAKIT HATI? sakit hati terhadap seseorang?
Ye. Memang semua manusia dikurniakn dengan perasaan ini. Tetapi ingatlah, Jika anda merasakan perasaan ini, ini bermaksud anda tidak suka dengan apa yang berlaku. Lumrah manusia, jika suka, maka gembiralah, jika tidak suka, maka bersedihlah manusia itu. ini smua kerja HATI!. Jadi, hendaklah anda menjaga perasaan SAHABAT anda, Hargailah SAHABAT anda sepenuhnya, sebelum dia tiada dan pergi buat selama-lamanya dalam hidup anda! ok, sampai disini saje.. semoga Hati anda sentiasa dalam keadaan yang GEMBIRA dan TENANG dalam bulan RAMADHAN yang MULIA ini...
adios!=)

Perasaan Banyak Bukan? =)

Jagalah Hati seseorang supaya hidup terus BAHAGIA dan GEMBIRA.^^
                                           
Uishh,,parah jika HATI manusia ini sudah terluka,walaupun dan ditampal,dijahit,tapi meninggalkan KESAN!
JADI, Fikir dulu sebelum berkata-kata!.

0 comments: