BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 19, 2012

This post is for you. pham2 jer lhaa.. :)

Assalamualaikum..
okayy.. hari nih double aku post kat dlm blog nih.. mmg hati nih rse mcm frust gilerr..
aku singgah2 lhaa kat blog org lain.. trbca artikel nih.. waaa~ bgus jugak ek.. nah, bce nih.

"Dua.. tiga hari ini aku menyepi.. bukan apa.. ambil masa bertenang sekejap.. cool-down kan diri dari segala masalah dengan penat lelah, biasalah manusia ada pasang surut.. kejap okay kejap down.. time kita down  kita kena muhasabah diri.. cari hidayah dan ketenangan.. erti kata  lain hibernate mode..  yelah.. hidup kita ni macam computer juga.. kalau dah hang kita kena restart balik.. kalau tak okay jugaformat je.. habis cerita.. barulah boleh run dengan cemerlang.. (fahami ayat aku betul-betul..)


Okay... friendship atau persahabatan.. didalam kehidupan kita ni kalau kita takda kawan.. boleh aku cakap orang tu.. berhenti jadi orang lagi baik..!! You fail as a human being..!! Bagi aku kawan adalah antara aset paling penting dalam hidup.. hidup kita tak lengkap kalau kita tidak mempunyai kawan.. sebab, kawanlah yang akan bersama kita bila kita susah dan senang.. tapi.. untuk orang yang ada masa senang je.. aku tak fikir dia layak jadi kawan aku.. 

Dalam apa-apa hubungan pun.. mesti ada konflik.. tidak kiralah.. bercinta ke.. kekeluargaan  mahupun persahabatan.. sebab itulah kita kena pilih sesorang  kawan itu dengan betul.. bagi aku.. aku mudah berkawan dengan semua orang.. tapi bukan mudah untuk menjadi seorang sahabat..!! sebab bagi aku sahabat adala hubungan yang terlalu special.. atau erti kata lain best friend forever (BFF). untuk mencari ribuan kawan memang senang add semua orang di facebookpun boleh declare kawan.. kawan-kawan lepak kedai kopi pun kawan jugak.. tapi untuk sahabat. bukan senang untuk mencari seorang sahabat sejati. 

Okay..  dibawah ni aku bagi 5 elemen penting didalam sesebuah persahabatan mengikut persepsi peribadi aku.. kalau korang rasa korang boleh ikut.. korang ikut.. kalau tak.. korang ambil yang korang rasa betul..


1. Ada Kimia Diantara Kita..

First thing.. yang aku akan nilai untuk menerima seseorang itu untuk menjadi sahabat aku.. mestilah orang itu sekepala dengan aku.. means ada chemistrydiantara dua pihak.. macam konsep orang cina.. (kong li kong) tah betul tah tidak aku eja.. yang membawa maksud  I scratch your back....you scratch my back. helping each other.. selesa nak buat semua benda bersama... lagi-lagi time nak buat kerja-kerja nakal.. atau benda gila..  ngee... ^_^

Keserasian itu penting.. benda tu tak boleh datang secara paksaan.. sebab itulah persahabatan itu unik.. bukan senang nak jumpa kawan yang satu kepala ni..  dua kepala ramai la.. tu yang banyak jadi raksaksa tu.. then akhirnya stuck ditengah jalan.. menyalahkan antara satu sama lain..

2. Cinta Adalah Segalanya

Damn..!! aku memang tak suka kawan yang macam ni.. pentingkan awek dari kawan sendiri.. sama juga macam perempuan.. pentingkan boyfriend dari sahabat sendiri.. memang betul.. cinta itu keperluan penting dalam hidup.. tapi.. nak tak nak kalau susah cari kawan juga.. bukan nak halang kawan-kawan nak bercinta.. tapidon't too obvious la.. taksub sangat dengan awek.. sampai lupa kawan-kawan yang pernah susah sama-sama dulu.. chill la babe..!!

Yup.. benar.. itu hak masing-masing.. tapi kena ingat.. if korang ada problem dengan kapel korang tu nanti. baru nak ingat member-member.. lain lah kalau dah tunang ke.. kahwin ke.. family first.. no argument.. sebab dia dah sah jadi ahli keluarga kau.. tapi kalau setakat berkapel-kapel tu.. hentikan lah.. bak kata kawan aku.. balik ke pangkal jalan.. bukan kawan-kawan tak suka.. kawan-kawan suka tengok member bahagia.. tapi janganlah terlalu drastik melupakan kawan-kawan.. belum kahwin dah nampak kena queen control kesian babe..

Seriously pada aku.. kawan adalah nombor satu sebelum awek.. tapi tidak salah kalau kita letak kawan dan pasangan kita sama level.. itu  untuk sebelum berumah tangga lah..  selepas.. kahwin mesti kena full commit kat bini babe.. kan lebih baik.. kenalkan dengan kawan-kawan.. so tidak adalah kesangsian kan...


3. Ku Sangka Kaca Tapi Plastik

Benda ni memang keypoint paling penting dalam friendship.. understandingevenaku sendiri kantoi bab understanding ni.. kita bukan malaikat boleh baca isi hati orang.. tapi sebagai sahabat yang sejati.. haruslah mendalami jiwa dan latar belakang sahabat kita.. kadang-kadang bab-bab kesefahaman ini yang akan merosakkan sesuatu persahabatan... kita tak tahu apa yang ada adalam fikiran orang.. dan orang tidak tahu apa yang kita fikirkan... sebab itu.. didalam persahabatan sifat saling memahami tu penting untuk mengekalkan hubungan..


Tapi bagi aku.. kalau orang tu.. dia kata dia sahabat baik aku.. dia tengok air muka aku je dia dah tau aku ada problem.. so that's a true friend.. sentiasa mengambil berat dan memahami kawan-kawan.. macam aku cakap tadi.. kita bukan malaikat.. but we have to emphasise nilai-nilai kesefahaman dalam persahabatan.. yelah.. mata kasar kita boleh nampak external problem je.. yang boleh nampak internal problem .. hati dan firasat je.. fikirkan..


4. Gua Respect Sama Lu Bro..!!  

Yang ni aku rasa.. memang tengah terjadi pada aku sekarang.. yelah.. bila kita berkawan.. masing-masing nak tunjuk diri tu hebat.. at-last bergaduh.. memang persaingan tu penting dalam apa benda pun yang kita buat.. tapi biarlah sihat..bab-bab reapect ni memang susah sikit nak terapkan.. sebab masing-masing ada ego.. lagi-lagi lelaki.. biasalah.. semua orang nak tunjukkan yang diri dia tu the best..

Bagi aku masing-masing ada kebolehan dan kekurangan masing-masing.. apa yang aku belajar dari kesilapan aku sendiri.. dalam persahabatan kita harus terima hakikat kalau kawan kita lebih bagus dari kita.. tapi tidak bererti kita looser..!! just support them.. 

Selalunya kawan-kawan ni.. bila tengok kita maju sikit mulalah nak jeles-jeles.. so dari situ wujud satu gap yang akan menghancurkan persahabatan..come-on lah weh..  kita sepatutnya berbangga bila tengok kawan-kawan kita berjaya.. tapi yang berjaya tu pula.. jangan lupa diri.. dan bongkak.. sebab korang kena tahu.. kejayaan korang tu datangnya hasil dari doa kawan-kawan juga.. then we have to respect them untuk mengukuhkan nilai persahabatan.. why not kalau dia memang bagus..


5. Back To The Basic..!!


Okay Yang ni.. apa-apa pun yang kita buat dalam hidup.. kita kena follow role ini.. balik ke pangkal jalan... doa mitak hidayah dari Allah.. memohon keberkatan.. dalam persahabatan.. sure confirm 100% tidak akan ada masalah. Kalau Allah  nak tunjuk kita jalan dia akan tunjuk.. tapi kena tengok juga cara kita minta..  Manusia ni sering lupa.. jadi kawan-kawanlah yang kena ingatkan.. supaya dua-dua tak pergi jahanam.. konflik dalam persahabatan ni biasa.. kejap gaduh..kejap okay.. yang penting kena pandai kawal emosi.." 

#okayy. just read it. and I know you would be understand what I want. Assalamualaikum. :)


0 comments: